Sinopsis: Novel Bukan Sementara

Assalamualaikum
Ehem. Ehem.
Sebenarnya novel ni telah dihadiahkan oleh Alia Ali Ahmad. Penulis novel ini sendiri. dan Kawan aku jua. Heee. Thanks awak bagi kite novel ni :)
Rasa bertuah berkawan dengan penulis novel :D dan teringin jua nak jadi penulis novel. Tapi , Tapi ><
Jom baca sinopsis novel ni :)

Sinopsis:

“Aku rasa aku dah jatuh cinta. Antara aku dengan Azura tu... aku lagi berhak ke atas suami aku.”

“Ini soal hati, Farisa. Kita baik macam malaikat sekali pun, kita cantik macam bidadari sekali pun, kalau hati tak suka, tak guna juga.”

Tapi aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Semenjak aku bergelar isteri kepada Afiq Qusyairi, aku Siti Farisa, telah berikrar bahawa perkahwinan ini bukan sementara.

Walaupun pada mulanya aku sanggup mengorbankan usia mudaku untuk lelaki itu semata-mata demi janji yang aku buat dengan Azura, namun setelah mendengar nasihat mak, aku nekad untuk memikat hati lelaki yang kugelarkan suami.

“Angah dengar ni nasihat mak, walaupun angah kahwin dengan Afiq bukan atas dasar cinta, tapi semailah cinta dalam hati angah, insya-Allah... suatu hari nanti, angah akan menjadi kecintaannya. Jadikan dia insan yang beruntung kerana memiliki angah.”

“Dalam rumah tangga tu ada pergaduhan tu, biasalah ngah. Tapi jangan sampai melarat. Maafkanlah kerana memaafkan itu akan membuatkan cinta dalam hati makin bersemi. Kalau si suami sedang marah dan berpaling muka dengan angah, jangan pancing amarahnya lagi. Angah kena pandai ambil hati suami tau.”

Baiklah, mak. Angah pasti tak akan sia-siakan setiap ajaran mak kepada angah. Angah relakan semua ni bukan saja sebab mak dan keselamatan adik-beradik perempuan angah, tapi angah juga mahu menjadi seorang isteri yang bakal mencium haruman syurga.

Tapi…benarkah aku tidak boleh mencintai suami aku sendiri, hanya disebabkan janji yang dah tak boleh aku mungkiri?

“Farisa... kenapa jadi macam ni? Jangan utamakan orang yang menjadikan kau pilihan. Tolonglah, Farisa. Kau tahu kan apa akibatnya kalau kau suka Abang Afiq. Kau tahu kan Abang Afiq hanya sukakan Kak Zura. Kau tahu kan semua tu?”

Tapi benarlah. Cinta itu pelik. Cinta itu memang ajaib. Kadangkala susah untuk memikirkannya. Begitu juga perasaan cinta yang dialami Farisa. Adakah cintanya akan berbalas? Dan layakkah Farisa dihukum atas kesalahannya yang memungkiri janji yang dulu berlaku antara Afiq, Azura, dan dia? Aku bukan isteri sementara Afiq Qusyairi. Bukan!

** Semakin banyak koleksi novel aku ni. alhamdulilah. tapiii yang belom dibaca pon banyak! HAHAHA novel Awek Abang Poyo pon tak habes baca lagi tauu. Penyakit M semakin teruk ni >< HAHAHA Kbye!

CONVERSATION

23 Comentarios:

  1. ingat beto kusyairy tadi. =p
    macam best ja. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan ada gambar beto tiba2 cik Fafa duk menyebut beto2 ni. bila dah baca, oh, baru faham.. hahaha.. kalau ada beto macam mana? XP

      Delete
    2. macam mana? banyangkan beto ja la sebagai heronya. aha

      Delete
  2. Assalamualaikum. Untungnya ada kawan penulis novel. Nak juga. Gurau je. Haha. Macam best je novel tu. Nanti nak try cari. Kalau novel tu tebal lagi best. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. Jom join pencarian bloglist.
    Untuk 2 Bulan .
    Syarat - syarat pun senang .
    Apa lagi? Jom!

    http://faris-ris.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

    ReplyDelete
  4. Nice sinopsis...boleh byg cerita die mcm mna..penuh dengan konfliks...hehee

    ReplyDelete
  5. Best jadi penulis novel and kawan penulis novel. Dpt novel free. Anak boss hakak penulis novel. Selalu jgk dpt novel free. Hihi.alaf bru hantar kt rmah

    ReplyDelete
  6. Waaa.. untung la ada kawan yg kasi.. pastu dia pulak author huhuhuu :D
    Macam best jer... boleh try ni..

    ReplyDelete
  7. best la novel ni. Jeles i.. hihii..

    ReplyDelete
  8. hohoho.. nice... jom pikat suami.. ekeke.
    klik friso gold 2x sini

    ReplyDelete
  9. Sme laaa..bykkk novel x dibaca lg. bz la..huhu
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  10. okay. first of all, jalan cerita dia tak nampak cliche. ckp dgn kawan nad, akak suka. boleh cari lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  11. suka baca love stooory eyh..
    akak takleh la.. givap awal awal..

    ReplyDelete
  12. bestnya nadya dapat novel... akak ni tak larat dah bace buku, xsempat2 masa xde sangat...

    ReplyDelete
  13. Masuk senarai novel untuk dibaca! :) Tapi nak cari bila, nak baca bila belum tahu lagi...

    ReplyDelete
  14. baca sinopsis pun dah ada bau2 sakit hati ni.
    acaner nak baca novel.. haha.. ^_^

    ReplyDelete
  15. Wahh. untunglah ada kawan novelis :D

    ReplyDelete
  16. Woww...rajin tul baca novel.
    Siap ada sinopsis.
    Tapi, nampak panjang..bukan sinopsis kot:)

    ReplyDelete
  17. Nak pinjam.... hahahahah lame lak xbace novell ni3....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD