Seindah TAKDIR Cinta

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Mia Karmila ikot Adrian dalam acara pesta dirumah kawannya. Sedang mereka menari ikot rentak muzik. Adrian cuba buad perkara tak senonoh kat Mia. Mia apalagi marah dan terus keluar dari rumah tu, Adrian terus peluk Mia dan tak bagi Mia pergi. Macam mana Mia terus teringat artikel Menyelamatkan Diri dari dicabuli. Mia terus siku kat perot Adrian dan kakinya menyauk betis Adrian dengan tumit kasutnya yang tajam! Dan Mia terus lari. Dan pada masa yang sama teksi yang dipandu oleh Shahriman @ Aiman muncul.

Dalam teksi tuu Aiman dah tanya macam macam, Kenapa lari dengan laki tuu (Adrian) tapi Mia hanya senyap je. Dan pada masa yang sama Aiman cuba nasihat Mia dan suruh Mia sujud syukur. Kerana Mia berjaya menyelamatkan diri daripada lelaki tu. Mia tidak paham yang dimaksudkan oleh Aiman Sujud Syukur. Yang Mia tahu Sujud ketika solat. 

"Sujud Syukur adalah sujud yang bole kita lakukan bila bila masa sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada ALLAH. Nabi kita, biasanya apabila menerima berita gembira, akan terus sujud kepada ALLAH. Hukumnya adalah sunat. " - Shahriman -

Sejak kejadian malam tuu, Mia terus terbayang bayang wajah Aiman, sejak tuu jugak setiap kali Aiman atau Mia bertentang mata terasa lain dan terasa hati mereka bergetar (jatuh cinta kot) Dan Mia cuba untuk solat. Dia mintak driver papanya carikkan Ustaz atau Ustazah untuk mengajar gaji Al - Quran dan ibadah solat dengan betol. Akhirnya Mia belaja Agama dengan Ustazah Habibah. Disebabkan Mia tak bawak kereta. Ustazah Habibah suruh anaknya menghantar Mia balik ke rumahnya. Mia tak sangka Aiman anak kepada Ustazah Habibah. Dan selepas itu, Aiman dan Mia berjanji akan berkawan. Dan Mia mintak Aiman  tak payah panggil ber'cik' 'cik' dan Aiman panggil Mia dengan nama Humairah. Dan Mia panggil Aiman dengan nama Eiman.

"Humairah adalah nama panggilan manja Rasulullah kepada isterinya, Aishah. Humairah beerti 'pipi yang merah'. Jadi saya suka nak panggil Cik Mia dengan nama Humairah macam Rasulullah memanggil isterinya, Aishah. Bole kan?" - Shahriman -

Sejak kejadian Adrian nampak Mia bersama lelaki lain (Aiman) dan sorang lagi Perempuan (Ustazah Rodiah) Hati Adrian jadi tak tenang. Adrian bagithau kat Mummy nya yang Mia da berubah. Dan Mummy terus bagitahu yang Mummy dan Dady Adrian nak masuk minang Mia. Adrian terus setuju. Pada masa ni Mia dan Aiman mula sayang menyayangi. Bila Papa dan Mama Mia bagitahu yang Mummy dan Daddy nak masok minang Mia. Mia jadi tak tenang. Mia terus bagitahu tentang hasrat Mummy dan Daddy Adrian kat Aiman. Aiman cuba menasihat Mia agar menerima Hasrat Mummy dan Daddy Adrian. Mia macam tak puas hati dan akhirnya Aiman terus bagitahu Mia meletakkan syarat syarat menjadi suami yang soleh.

"Mia nak Andy jadi imam kita semua bersolat jemaah Maghrib atau Isyak dan jugak imam solat berjemaah Zohor atau Asar. Andy juga perlu khatam Al-Quran dan membacanya ketika majlis pertunangan nanti. Mia jugak nak Al-Quran yang Andy baca tuu sebagai sebahagian Mas Kawin Mia nanti agar ia bole jugak dibaca anak anak kami kelak." - Mia Kamila -

Mula - mula Mummy, Daddy dan Adrian tak setuju dengan syarat - syarat Mia. Tapi disebabkan Adrian terlampau menyayangi Mia akhirnya Adrian setuju dengan syarat syarat nya dan Daddy Adrian cadangkan bagi masa selama Enam Bulan untuk Adrian mempersiapkan diri dengan ilmu ilmu yang Mia syaratkan. Besoknya, Adrian jumpa sorang kawan dia kuat jugak agamanya, Rashid. Dan mintak kawannya carikkan Ustaz untuk Adrian untuk mengajarnya Baca Al- Quran dengan baik. Akhirnya Rashid mengajak Adrian pegi Pusat Tahfiz Darul Hana. Bila Adrian dan Rashid masok je pejabat Penolong Pengetua iaitu Aiman. Adrian agak terkejot Penolong Pengetua itu adalah lelaki yang dia nampak bersama Mia dan Ustazah Rodiah.

Mia sekeluarga dijemput oleh keluarga Adrian untuk Solat Maghrib dan Tahlil. Dan pada malam itu, yang hadir cuma keluarga Mia dan Ustaz Aiman. Mia cuba mentafsirkan sendiri bahawa Ustaz Aiman yang akan mengimamkan solat mereka nanti. Rupanya Adrian yang mengimamkan solat mereka Dan akhirnya Adrian da berjaya memenuhi syarat syarat yang Mia mintak. Hujung bulan mereka bakal akan dinikahkan :)

"Ya Allah, sekiranya Andy adalah jodohku yang terbaik yang telah KAU aturkan untukku, aku memohon kerahmatan dan keredaan-MU untuk membukakan hatiku supaya aku dapat mencintainya dengan sepenuh hati sebagaimana aku mencintai Shahriman. Kau alihkanlah cintaku kepada Andy dan bukan lagi kepada Shahriman agar aku dapat menerima Andy seadanya. Tolonglah aku, Ya ALLAH. Sesungguhnya hamba-MU ini terlalu lemah dan daif untuk melawan perasaannya sendiri. Jadikanlah aku seorang isteri solehah." -Mia Karmila -

Sehari sebelom Adrian dan Mia dinikahkan. Adrian telah pegi ke Hospital untuk mengetahui apa punca sakit perotnya berlarutan. Doctor bagitahu bahawa Adrian kemungkinan menghidap penyakit Gastritis ulcer. Doctor cadangkan Adrian masok wad. Tapi disebabkan esoknya Adrian bakal bernikah. Ditunda dan dimasukkan wad hari lusa. Besoknya, dengan sekali lafaz, Mia Kamila sah menjadi isteri kepada Adrian. Pada petangnya, Adrian bagitahu Mia dan suruh bawak dia ke Hospital. Penyakit Adrian menyerang lagi dan Adrian terus pengsan. Selepas 2,3 hari Adrian masuk wad, barulah doctor dapat mengesan Adrian menghidap penyakit Kanser Pankreas tahap 4. Selepas seminggu Adrian masok Wad. Adrian berhasrat nak pegi Mekah. 

Akhirnya keluarga Mia, keluarga Adrian dan Ustaz Aiman selamat sampai di Mekah. Selepas 3 hari mereka berada di Mekah. Adrian mintak Ustaz Aiman temankan semasa Adrian beriktikaf, berqiam dan bermunajat di hadapan Kaabah dalam pukul 2 Pagi. Walaupon Mia sentiasa ada disisinya. Bila waktunya yang dijanjikan pon tiba Adrian telah solat dihadapan Kaabah. Hampir 20 min Adrian solat, Mia jadi tak tenang sebab Adrian bersujud terlalu lama Lalu Mia panggil Ustaz Aiman suruh tengokkan Adrian. Ustaz Aiman cuba membongkok seolah olah bersujud, tapi Ustaz Aiman tak dengar apa apa bunyi. Perlahan lahan Ustaz Aiman menyentuh badan Adrian dan membaringkan Adrian. Ustaz Aiman terus melafazkan "Innalillahi wainna lillahirajiun"

"Ya ALLAH, Sesungguhnya aku reda sekiranya penyakit yang sedang aku hidapi ini adalah ujian-MU untuk menghapuskan segala dosaku, namun aku memohon kepada-MU, sembuhkanlah penyakitku ini sekiranya itu baik untukku dan sekiranya mati adalah lebih baik untukku maka aku reda dengan segala ketentuan-MU, ya ALLAH" - Adrian -

Selepas Enam bulan Adrian meninggal dunia. Mia bekerja sebagai Pengarah Kewangan di Suria Gemilang Holding. Ini atas permintaan Daddy Arwah Adrian, disebabkan amanat Arwah Adrian. Manakala, Ustaz Aiman berjawat Pengarah Urusan penganti Arwah Adrian. Disebabkan Mia dan Ustaz Aiman satu syarikat dan selalu berjumpa. Ustaz Aiman cuba memujuk Mia untuk menerima insan yang menyayangi Mia. Tetapi Mia taknak. Bila Daddy dan Mummy Arwah Adrian mula bersuara dan menyuruh Mia menerima Ustaz Aiman. Mia jadi serba salah. Dan Mia menyatakan hasrat ingin ke Mekah kepada Ustaz Aiman. Dan selepas pegi Mekah, Mia berharap takkan bersalah dengan Arwah Adrian. Akhirnya Mia, Ustaz Aiman, Daddy dan Mummy Arwah Adrian sampai ke Mekah lagi. Di tengah malam selepas Mia solat di hadapan Kaabah. Mia tersentak terlihat bayangan Arwah Adrian -_-

"Mia, terimalah. Terimalah Abang Aiman. Abang reda Mia kawin dengan Abang Aiman kerana dia jujur dengan Mia. Terimalah dia." - Adrian -

"Dia suruh Humairah terima kembali cinta Eiman. Dia reda Eiman menikahi Humairah" - Mia Kamila -

"Dan itulah petunjuk ALLAH pada Humairah. Alangkah beruntungnya Humairah mendapat petunjuk dan keredaan ALLAH di tempat yang penuh barakah ini," - Shahriman -

Nota Kaki : Alhamdulilah akhirnya siap jugak review novel Seindah TAKDIR cinta. Korang wajib follow dari awal sampai habis! #Nanti da kawin nak suruh Encik Suami panggil dengan nama "Humairah" Baru la sweet kann? :D

CONVERSATION

9 Comentarios:

  1. Macam best je? Tapi Nad berusaha jauhkan diri dari novel. Nanti susah nak lepas hehe

    ReplyDelete
  2. leh pos kat akak x novel nie? haha

    ReplyDelete
  3. @Nadratul Syazwana Bukan macam best. Tapi memang best la. Hihihi

    ReplyDelete
  4. saya bukan kaki novel. tapi lepas baca review nie .. aaaaaaa teringin nak baca !!!!! heeeee best nyaa jalan cerita ><

    ReplyDelete
  5. @Siara Elina Heee novel ni paling TERbest antara novel novel lain yg pna sy baca ^^

    ReplyDelete
  6. mcm best jew.. nk try cari la novel ni.. ^_^

    ReplyDelete
  7. @mastura mazlan memang best lorrr. beli laa.. tak rugi ponn ^^

    ReplyDelete
  8. Aww.. nak beli novel ni bhahaha best gila :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD