Thursday, October 24, 2013

Alangkah indahnya jalan cerita Allah ini ^^,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai awak, awak dan awak ! Hee bertemu lagi. Semalam update. Harini pon update jugak. Nampak tak kerajinan saya disini?hikhik. Saya kalau tengah bermasalah memang jari ni tak reti duduk diam. Bukan setakat kat blog je nak update. Kat Facebook, Twitter dan Wechat memang penuh update merepek je! HAHAHA

Allah Maha Mengetahui isi hatimu meskipun ianya dipendam dan tidak dilafazkan. Walau terlintas something, Allah tahu. You can't hide that.

Sejak akhir ni Si Budak Kecik aka Syafiq. Alahai manje sesangat. Dia bangun je tido terus peluk saya dan mesti merengek suruh dukung. Kalau saya tak dukung mesti dia akan ikot saye je merangkak ke dapor. suruh dukung dia jugak. HAHA Amboii bukan main lagi. Kekadang kan, saya ngah nak tengok Wechat. Mesti dia sibuk nak tengok. Macam tahu je! Nanti dia rampas handpone saya, mesti nak suruh saya main Pou. Suka betol dia kat Pou tuu. Comel kann. Hikhik

Bila saya da duduk bilik. Kerja saya akan bukak Mp3 kat handpone sekuat kuatnya. Tuuyang kekadang selalu ayah ibu panggil tak dengar -_- Terpaksa la ibu ayah call saya walaupon dalam rumah yang sama kan. HAHAHA. Teruk betol perangai saya ni kekadang. Haihhhh. Bila da bukak lagu, Pastuu terkeluar lagu Setia Hujung Nyawa - Fiq . Kekadang 2,3 hari ni terkeluar lagu ni. Sedih ar. Lagu ni mengingatkan pada En Afi >.< #Dah tahu lagu ni menyedihkan, nape tetap simpan dalam handpone tuu? Heee Lagu tuu best walaupon lagu tuu banyak 'Kenangan' :'(



Semoga dia bahagia bersama insan yang dia sayang , cinta. Saya tahu saya bukan insan terbaek macam 'dia'. Awak nak tahu kekadang saya tengok jugak cerita Setia Hujung Nyawa. #Apala, kau ingat dia baca ke blog kau? EE jangan nak perasan ok? Ok. Foinee. HAHAHA Saya harap awak bahagia dengan 'dia'. Saya tahu dia adalah yang terbaek untuk awak. Seperti yang saya kata. Kalau kita ade jodoh adalah. Tapi saya harap 'dia' laa jodoh awak. Awak bahagiakan bersama dia? Saya tahu Allah da aturkan yang Terbaik untuk saya, InsyaAllah. Awak baek baek tau dengan 'dia' :')

Esok, lusa. 
Andai Allah takdirkan jodoh kita semula. Awak nak tahu apa akan saya cakap ? 
" Alangkah indahnya jalan cerita Allah ini " :')

Nota Kaki : Esok penentuan keputusan belajar untuk kawan kawan saya yang akan samb. belaja. Huhh. seronoknya kan dapat belaja lagi. Chayokk korang. All the best. Apa apa pon doakan saya dapat pekerjaan yang baek ok :D
Read More »

Wednesday, October 23, 2013

Segmen 1Minggu Blog Budak Perempuan Merapu Merepek

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Hai awak, awak dan awak. . Apa khabar ? Tengah buad apa tuu? Heee. Disebabkan saya takde kerja *Ish,memang la aku takde kerja. Aku duduk rumah je ponn -_-* dan time tengah free sangat soo nak join segmen ni. Oke, ini kali pertama menjoin kan diri untuk bersegmen ni, hehe. Beliau mencari bloglist baru dan ada hadiah misteri untuk 5 penyertaan bertuah ! nak join? clik SINI 

Untuk Segmen ni, kita kena ceritakan sedikit tentang blog Budak Perempuan Merapu Merepek. (tiada paksaan.. kalau xnk citer pn xpe ) Heee, takpe saya akan ceritakan ok? Firstly, saya tersangat suka entri entri beliau penuh dengan puitis dan tentang hati. Ada masa memang saya akan berkunjung di blog ni. Tapi memandang kan kekadang busy menjadi babysitter. soo jarang nak on blog ni. Yang kedua, lagu blog ni Sayap Terluka - Panji. Ok, saya sangat suka lagu ni. lagi lagi time ngah sedih. Ekkk? Dan blog ni bertemakan pink aka merah jambu. Owner blog ni mesti berjiwa lembut. Ok setakat ini je saya mampu bercerita. Heee dan maaf cerita ni agak merepek. HAHA. Semoga segmen ni berjalan dengan lancar. Peace ^.^


okay sapa yang nak join segment ni boleh lah ikut syarat2 dibawah.
1 . buat 1 post bertajuk"Segmen 1Minggu Blog Budak Perempuan Merapu Merepek".
2 . Letakkan banner diatas pada post tersebut.
3 . ceritakan sedikit tentang blog Budak Perempuan Merapu Merepek. (tiada paksaan.. kalau xnk citer pn xpe )
5 . KLIK SINI , SINI , SINI , SINI , SINI dan SINI (TUNGGU SAMPAI ABES LOADING YE)
6 . kemudian tag n ajak kawan2 yang lain untuk join segmen ni.. seberapa ramai yg boleh.. 
7 . akhir sekali tinggalkan link post tersebut di ruangan komen...

Nota Kaki : Korang doakan saya dapat tau. Korang pon jangan lupa join. K Assalamualaikum :)

Read More »

Monday, October 21, 2013

Nak Suami Ustaz ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Disebabkan masa Raya Aidiladha adek kesayangan tak balik. Terpaksa pujuk ibu suruh adek balik kan. Akhirnya adek balik jugak pada hari khamis kelmarin! Hihi. Akak mane yang tak rindu adek kan? dah berminggu minggu dia tak  balik kan. HAHAHAHA Tapi bila dia da balik. "akak masakkan . . . " "Akak ambikkan. . ." Amboi ngada ngada betol -_-" Oke, takpe aku sayang kau dik ^.^

Semalam tengah bersiap siap nak hantar adek balik Melaka. Pastuu masuk la bilik ibu ayah kan. Cermin Solek besar kan. Lepastuu terpandang novel Suami Aku Ustaz ! Terus teringat kat Someone *senyum* and then terus teringat perbualan kami. Hehe. Tapi da lame la perbualan kami. Bulan bulan yang lepas la , tak ingat bulan berapa. Yang penting dia call :D



Dia : Awak Tengah Buat Apa Tuu ?
Saya : Tengah Baca Novel Suami Aku Ustaz.
Dia : InsyaAllah, Suatu Hari Nanti.
Saya : InsyaAllah Awak. Awak Tahu tak ? Saya Selalu Berangan Nak Suami Ustaz ! *Senyum*
Dia : Bakal Suami Awak Ustaz jugak. InsyaAllah.
Saya : Ustaz??
Dia : Iya. Tangunggjawab Suami Membimbing Isteri, Menjaga Isteri, Mendidik Isteri. Samakan Macam Ustaz. Bezanya Ustaz Ni Untuk Isterinya dan Anak Anaknya. Betol tak?
Saya : Betol tuu *senyum*

Kira da lama jugak tak tengok JobMalaysia. Tengah tak buad apa apa. Terus pegi pautan JobMalaysia. "Ehh, dapat Temuduga kerja lagiiii !!!!" Saya apalagi lari jumpa ibu. "Akak dapat temuduga kerja lagi kat area JB pulak" Untuk kali ni saya harap Temuduga kerjA saya ni berjalan dengan lancar. Korang doa doakan ye saya dapat kerja disitu ye? Aminn =)



Nota Kaki : DearAwak ,bila saya ada dengan awak ,awak tak pernah nak hargai saya .Tapi bila saya dah tiada nanti tolong jangan nak sebut nama saya lagi pleaseee. Kbai -_-
Read More »

Tuesday, October 15, 2013

Be Careful With My Heart :D

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai awak awak dan awak ! Salam Aidiladha semua. Raya ni saya hanya duduk rumah dan hadap depan laptop je. Amboi punya la senang hidup saya ni kan? Heee. Untuk Raya Aidiladha kali ni , adek kesayangan tak balik. Terasa ade je tak lengkap. Sobsob , Tadi tengah syok guling guling atas katil. Si adik kesayangan call "Takpe kann aku tak balik?" dalam hati da berkata kata. "Takpe kau kata? Kau tahu tak aku terasa sunyi je dan sedih ponn ade. Lagi lagi denga lagu raya. Ehhh mak aiii -,-" Untuk Raya ni cuma masak Ayam Rendang, Lodeh, dan Serunding. Yang lain Lemang dan Burasak beli ! Hoho. Tapi yang penting nikmat sangat makan ^^



Cukuplaa 4 Hari tak jumpa budak comel kesayangan saya Syafiq Aiman. Alahai rindu sangat kat budak tuu. Kalau dah rindu sangat menatap gambar jelaa. Hihi takpon tengok video dia yang saya rakam la kan, hihi. Dia suka sangat kalau kita cakap Gwiyomi ^^ Tuuulaa, tak jumpa rindu, bila jumpa asyik nak dengki je. Entahla, suka sangat gelakkan dia. Ekceli. Sekarang dia suka berdiri. Berjalan belom lagi la,,. Apa yang penting budak ni tak cepat putus asa la, HAHAHA :D 

Yang si Syafiq baru 9Bulan. Yang lagi sorang perempuan, namanya Nia. Umurnya dalam 2Tahun lebih ar. Ingat lagi harituu. Ibu keluar rumah ar nak ambik barang ape tah. Pastuu si Nia nak ikot ibu saya kan. Pastuu dia jerit "Nia! Nia! Nia!" Saya memang da pelik semacam apesal die sebut nama dia sendiri ni. Rupanya dia panggil ibu dengan namanya sendiri. Bila saya tahu, apalagi gelakk laaa. Dengan adanya budak budak kecik kat rumah ni terasa terhibur laa jugak. HAHAHAHA :)

Sejak akhir akhir ni kerja saya asyik nak denga lagu Bukan Milik Kita - Sixth Sense. Best lagu ni, berkaitan mati. Maksudnya takde yang abadi dalam hidup ni. Soo toucing ar :') Harituu tengok facebook ada orang share lagu Destinasi Cinta - Mestica. Sejak tuu asyik nak denga je llagu ni. Tenang je hati ni bila dengar lagu ni :') Selepas tuu terdengar pulak lagu Taubat Seorang Hamba - Hafiz Hamidun. Hah. Lagu ni saya suka sangat. Siapa yang hayati betol betol lagu ni memang bole nangis laa :')

Hati hiba mengenangkan dosa dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa..

Selama ni memang malas je nak tengok tv. Tapi sejak akhir ni rajin la tengok tv. Semata mata nak tengok cerita Filipina , alaa yang cerita kul 3 tv 3 tuu Be Careful With My Heart. Best sangat cerita ni. Tak pernah miss la tengok cerita ni kan. Nanti ade babak yang sweet mesti saya senyum sorang sorang. Amboi. Hoho terukk perangai saya ni kan? :P Naseb la ibu ayah tak perasan kan. HAHAHA :D Lepas je habis cerita filipina ni terus sambung tengok cerita Janji Adam. Best jugak cerita ni walaupon saya tak tengok dari mula. Sekarang pon cerita ni tak pernah miss. Dua dua cerita ni best sesangat ^^ 




Nota Kaki : Amboi , punya la panjang entrinya kan. Tahu la da 5 hari tak update entri kan. Mesti korang malas nak baca semua kan? sape yang baca sampai habis Tahniah ye? anda berjaya. Dan anda tersangat AWEeeeSome :D
Read More »

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jika sudah berani bercinta, maka perlu berusaha untuk menghalalkannya :)
Read More »

Sunday, October 6, 2013

Luar Biasa !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai awak awak semua? Apa khabar? :) Harini 6 Okt . Tahu tak harini hari apa? Mesti ada yang jawap harini hari Ahad la, tuu pon tak kenal hari ke? HAHA oke, oke, Harini kawan saya aka Exgirlpreng pakcik kesayangan saya kawen. Ekceli kawan saya sama umur dengan saya. apa apa pon semoga dia bahagia dan kekal hingga ke Syurga , Amin :) InsyaAllah ada jodoh tak lama lagi saya ikot jejak langkah dia pulak oke? Tak lama lagi ke lama lagi ni? No coment ! apa apa pon tolongla doa doa kan untuk saya ye? Heee

Semalam merupakan hari temuduga kerja saya ! Sebelom temuduga. Jangan cakap laa. Asyik cakap takot je kat En Haty, yang En Haty tak habes habes cakap relex. Dia takpelaa kan, dah banyak pengalaman kena temuduga. Kite ni first time tau. apa apa pon thanks ye awak tak habes habes pujok saya. hahaha :p

Semalam punya cerita. HAHA. Rupanya Syarikat nya adalah syarikat peguam bela ! Hari kejadian di temuduga, takde la takot sangat. Okelaa. First sekali dia tengok sijil sijil dalam fail saya. tengok dia tanya, "Cik Nadya amek Percukaian individu. Percukaian induvidu tuu apa?" Dalam hati da berkata kata. dahnya masa sem tuu pointer aku rendah. dia tanya ni. mak oii. saya jawap main hentam je "cukai pendapatan seseorang -..-" Nampak takk? blur amat !HAHA . Lepastuu dia suruh buatkan Cukai Pendapatan. Naseb senang ! Dia siap tunjuk borang cukai dia. dia tanya macam mana bole dapat pendapatan bersih, apa yang menyebabkan kerugian? Amboiii, ada ke patot masa temuduga kena mengajar dia bab Percukaian! Hohoho



Lepastuu dah siap mengajar bab Percukaian, dia nak uji saya. Saya ni reti tak on komputer sendiri. HAHA, akhirnya berjaya on computer tuu. Lepastuu dia tulis dokumen pakai tangan. Ish, jangan cakaplaa, dia punya tulisan terukk betol. Banyak saya tak paham. Tulisan macam cacing cerawit ! Terpaksa tanya kat dia banyak kali. Dia terus cakap "Tulisan peguam memang macam ni, kalau awak kerja sini awak kena belajar paham tulisan ni" Saya terus tergelak. Dalam hati da berkata kata "what? Gilaa apa?" Sebelom dia bagi balik. dia nak saya datang situ setiap hari sabtu suruh saya belaja tulisan tuu, Adoyaii -,-"

Lepas saya da siap dokumen tuu. Dia banyak betolkan. Walaupon da banyak kali tanya tetap ada je salah ! HAHAHA , then dia suruh duduk depan dia, ingat dia nak suruh saya balik. Rupanyaaa Arghhh. dia suruh saya terangkan apa yang ada dalam Touch Tabs. jenama apa tak tahu la! HOHO. saya kena terang apa itu massenger, Apa ituu folder, macam macam la. bayangkan laa, temuduga ni selama 3jam! Takpena dibuat orang. itu yang luar biasa sangat. Sampai ibu cakap "Tau la lawyer, tak payah la nak lawyer buruk sangat kan !" HAHAHAHA >.<

Nota Kaki : Tak tahu jawapannya dapat kerja ke tak. dia tak bagi jawapannya. Saya dapat ke tak, Kalau dapat Alhamdulilahh, Kalau tak dapat pon Alhamdulilah. Rasa macam dia sengaja nak buli saya je taw. Naseb la saya ni penyabar orangnya, HAHA. Kbai
Read More »

Wednesday, October 2, 2013

First Time !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai awak, awak dan awak ! Heee . Alhamdulilah, masok sudah bulan Oktober. Tak sangka masok je bulan Oktober ada hal terindah buad saya. Apakah? Nak tahu? Oke, nanti saya cerita. Suprise ! Hoho 

Saya ingat lagi, masatuu still study. Sem 3 kot, Ayah says "Sekarang kalau kau dapat kerja. kau kerja je. study berhenti la. Study bila bila bole. sekarang susa dapat kerja laa." Sekarang bayangkan la , saya nak sambung belaja pon parent tak setuju. Soo sejak minggu lepas asyik bukak lamanweb JobMalaysia . Yela, nak carik kerja punya pasal. Setiap hari cuba apply kerja kat JB, area pontian 1 je kerja kosong -,-

Semalam petang punya cerita. Hoho. Tengah syok syok tido petang. Ibu paksa bangun. Bila bukak pintu bilik. Ibu cakap ada orang call tepon rumah. Dalam haty dah berkata kata sapela rajin sangat call tepon rumah ni -..- Bila saya jawap rupanya. Orang dari Syarikat XXXX suruh datang syarikat dia untuk temuduga. Bayangkanla bangun bangun tido terus jawap call. Ish, sampai duk pikir. Mimpikah? HAHA. Alhamdulilah akhirnya dapat temuduga kerja. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dapat bekerja disitu, Amin :D

Dari semalam senyum je. Macam tak caya je, dapat temuduga tu, Yelaa. Kalau dapat kerja kat situ, beruntungnya. Area Pontian. dekat sangat dengan rumah. Lepastu, kat situ kali terakhir saya apply kerja. Dan minggu lepas saya apply. semalam (1 Oktober) terus dapat panggilan temuduga. Alhamdulilah. Rezeki bulan ni. Semoga dapat kerja disitu. Korang doa doa kan ye =)

Mesti korang pelik kan? Apa kaitan temuduga kerja dengan First Time kan? HAHA. Oke, ini adalah kali pertama dapat temuduga kerja . Jika ditakdirkan dapat bekerja disitu Alhamdulilah dan kali pertama jugak saya bekerja. Hoho. Memang mood sekarang Excited sesangat ! Tapi pada masa yang sama agak gabra. Yela, First Time dapat temuduga kerja. Semoga saya berjaya melalui nya dan soalan soalan nya senang dijawap. Mesti korang tertanya tanya kan? saya dapat temuduga kerja apa kan? saya dapat Kerani Am Pejabat. Apa apa pon bersyukurlaa. Ingat senang ka nak dapat kerja? Hihi

Nota Kaki : Mungkin kita tak nampak apa yang menunggu kita di masa hadapan , tapi percaya lah apa yang Allah dah aturkan adalah terbaik untuk hidup mu :')
Read More »
COPYRIGHT 2017 by CikNadyya