Friday, August 30, 2013

Kenangan itulah yang membuatkan kite ingat dia



Siapa yang tak sakit hati kan?Bila kita cuba nak melupakan dia, mesti ada je peristiwa yang membuatkan kita ingat kat dia. Oh, kenangan kenapa ye awak kejam? Alahai. Maybe Allah nak duga hati ni kan? takpe, Allah maha mendengar :')

Siapa tak sakit hati? Kau tipu aku bukan sekali dua. Tapi dah banyak kali. Kalau nak bahagia pun, tak perlulah nak tipu aku >.<

Serius suka sangat baca Novel Suami Aku Ustaz. Novel ni buad saya teruja, terasa, sedih pon iye, HAHA kenapa? First first saya baca je, Ustaz tuu bernama Hafiz sama dengan nama Afi -,- Lepas tuu tempat tinggal dieorang dekat Pontian. Tahu tak Pontian tuu tempat saya tinggal. #mulamula rasa terharu jugak. Eh? Glamour jugak Pontian ni :P Bila Hafiz dah kawen dengan Alisa, Alisa ajak pulak gi Jusco Permas Jaya. Hati saya terus sebak. Jusco Permas Jaya adalah tempat saya jumpa Afi. Novel ni memang banyak kaitan dengan saya. Apa pon Novel the best ^_^



Nota kaki : Entri lepas ni insyaAllah review novel suami aku ustaz. Jangan lupa baca tau. kbai
Read More »

Monday, August 26, 2013

Biarkan YM Terus Berbicara



Alhamdulilah, akhirnya habes jugak baca Novel Biarkan YM Terus Berbicara. Oke, novel ni tersangat sweet dan penuh dengan kasih sayang. Teringin sangat nak suami macam Encik Firdaus. Encik Firdaus sebagai hero. Heroinnya Tiya.

Berjuta langkah kita atur bersama. . tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu. . tidak akan lelah selagi janjimu. . cinta ini hanya milik kita berdua

Encik Firdaus dengan kawan baeknya, Mia tersangat rapat dan mereka selalu jumpa. Ia menyebabkan Tiya cemburu.  Hingga menyebabkan Tiya termimpikan Encik Firdaus berkahwin dengan Mia.  Tiya takot sangat ia menjadi kenyataan. Mia pandai masak,ia menyebabkan Tiya makin cemburu, Tiya berusaha jugak belaja masak untuk Encik Firdaus.

Pada masa yang sama, Mia suka kan Abang Kamal, sepupu kepada Tiya. Abang Kamal dan Mia satu tempat kerja. Tapi Abang Kamal hanya anggap Mia kawan je. Sebab Abang Kamal masih cintakan Tiya. Mia sedih bila cintanya ditolak. Tapi Mia tetap berusaha ambek hati Abang Kamal. Pada masa yang sama jugak, mama Mia perasan Mia sedih dan menganggap Mia sedih sebab Encik Firdaus kawin dengan Tiya. Cuba untuk menghancurkan hubungan Encik Firdaus dan Tiya.

Tiya bekerja dengan mak mertuanya di butik. Mak mertua Tiya sangat rapat dengan mama Mia, setiap hari mama Mia datang butik semata mata nak sakitkan hati Tiya. Bila Tiya bagitahu kat Encik Firdaus, Encik Firdaus takpercaya, dan menganggap Tiya fikir yang bukan bukan dan akhirnya dia lari rumah. En Firdaus dan mak mertua Tiya cuba untuk pujuk Tiya suruh balik, Tapi Tiya degil. Akhirnya Mak Tiya suruh En Firdaus bagitahu Tiya yang Mak Tiya sakit. Tiya ponn balik kg. Masa yang sama Encik Firdaus balik kg jugak.

“Dah tahu Tiya tak pandai masak, kenapa kahwin dengan Tiya?” Aku merungut. Sudah separuh merajuk.
“Abang cari isteri, bukan cari tukang masak.” Encik Firdaus bersuara.

Rupanya Mia ikot sekali En Firdaus balik kg Tiya. Mia mintak maaf sebab mama dia buat kat Tiya dan mama Mia mengaku salah. Sebelom ni, En Firdaus asyik makan masakan Mia je, sebab teringin sangat. Isteri mana yang tak cemburu kan? Bila Tiya masak, En Firdaus muntah muntah. Rupanya Tiya mengandung tapi suami nya yang mengindam,alahan,sakit da nak bersalin pon suami dia rasa #Sweet kan? Nak Jugak macam ni,HAHA

Tiya buad rancangan nak dekatkan Abang Kamal dan Mia. Akhirnya rancangan tuu gagal dan Mia terus menjauhkan diri dari Abang Kamal. Dan dah berputus asa. Abang Kamal rasa bersalah dan sunyi bila Mia dah tak tegur dia lagi. Dan akhirnya Tiya buad rancangan lagi suruh Abang Kamal pujuk Mia tapi pada masa yang sama, Tiya suruh Mia jual Mahal. Ok, rancangan ni berjaya. Masa Tiya bersalin dan da sambut baby, Abang Kamal terus cakap kat Mia “Will You Marry me?” Auww~ Sweet gilaa :’D

Nota Kaki : Lepasni nak baca novel Suami Aku Ustaz. Masa beli saya memang tak tengok nama heronya sape. Namanya Hafiz. Em, sama dengan nama Afi. Arghh. Takpela, yang penting novel ni best! Korang tunggu eh review novel ni pulak. Oke,semoga terhibur. #ceh,macam aku pulak yang reka novel tuu kan?HAHA, Kbai.
Read More »

Thursday, August 22, 2013

biarkan ku sendiri -,-

Kerja saya sekarang asyik nak kacau baby je. Baby yang ibu jaga tuulaa, namanya Mohd Syafiq Aiman. Umurnya baru 8bulan, dia ni memang semuanya cepat dan bijak sangat. ni pon asyik nak berdiri je. Dia ni tak suka makan tapi kalau mandi suka sangat. Hari tuu saya kat dapur, saya panggil nama dia "syafiq!!!" cepatII dia merangkak ke dapur. bila nampak saya, makin laju dia merangkak. Bila saya dukung dia, bukan main suka lagi. gelak gelak kan. Saya ni kan suka sangat gelakkan dia. mesti nanti dia ikot nak gelak jugak. Bila saya denga dia gelak. rasa macam happy je. terus lupa masalah di hati ni :D

Sejak akhir akhir ni kan, dengan takde buat apa apa. saya baca entri entri lama. Kalau rasa entri macam tak matang saya terus padam. Habes sekarang da matang sangat ka? HEHE. Bila da banyak sangat entri padam, lepastuu terbaca pulak entri ini . Saya ingat lagi ini adalah entri pertama saya kenal dengan Afi. Ya Allah Aku Rindu Dia :'( Orang selalu cakap "sabarlah" "Takpela, En R kan ada" Emm, Walaupon en R selalu buad saya tersenyum dia tetap kawan saya. Tapi bagi dia, saya adalah kawan suka menyusahkan hidup dia,HAHA. Yela, kerja saya asyik nak carik pasal je. asyik nak buat dia geram je. Bila dia cuba nak berdamai. saya buad buad tak tahu je. and tetap nak carik pasal jugak. Kadang kadang kalo kutok dia, dengar je dia tuu. Dia cakap "awak cakap saya apa tadi?" saya jawap "cakap apa? mana ade" and buat muka tak bersalah je. HAHA :P
Kelmarin bole pulak terdengar lagu Akhir Kisah Kita - Ramona Azween. Membuatkan hati ni semakin sebak. Lepastuu tadi kan, ade someone comment entri ini. entri ni kira da lama jugak. Saya baca balik entri ni buad saya semakin sedih je. Dia comment "semoga kita sama sama kuat" Haihh. kalau awak nak tahu, saya dan 'dia' da putus. Too Afi ; awak nak tahu tak? awak la insan yang penah saya berharap sepenuh hati saya. tapi akhirnya harapan saya musnah dan impian saya hancur. saya da cuba lupakan awak. tapi kenapa mesti awak didalam hati saya? hati saya sakit sangat. Saya tahu, saya yang salah meninggalkan awak. Maafkan saya. saya tahu saya bukan yang terbaek untuk awak. Dan saya tahu, mesti awak da bahagia bersama sidia kan? dia mesti yang terbaek untuk awak. semoga awak bahagia bersama sidia. takpe, saya ok. saya da besar :'D
Berakhir sudah kisah cinta
Walaupun sementara
Kau pergi dan tak kan kembali
Sakit di hati ku tak terhenti
Berakhirlah kisah kita

Berakhirlah kisah
Oh biarkanlah ia berakhir
Biarkan, biarkan ku sendiri



Nota Kaki : InsyaAllah entri selepas ini adalah review novel. tak sabar nak habeskan baca novel biarkan YM terus berbicara :)
Read More »

Sunday, August 18, 2013

Hargai aku -,-

Sering kali kau merendahkanku,
Melihat dengan sebelah matamu,
Aku bukan siapa-siapa

Yeh Yeh , kat blog saya dah tukar lagu, lagu Hargai Aku - Armada . Sejak akhir akhir ni memang asyik nak dengar lagu ni je. Tak tahu laa kenapa. HEHE. maksod lagu ni, dia suka merendah kan diri kita nii, dan nak dia hargai kita :D

Semalam pegi Pahang. Sepupu lelaki saya kawin ! kira dia sepupu lelaki terawal kawin cepat ! Rasa macam tak percaya pon iya, masa kecik kecik dia la teman sepermainan saya :D Sem last tak silap saya dieorang tunang. pastuu habes belaja dan kerja kejap dan kawinn. Untungla kan? Saya? Belom ada jodoh lagi. HEHE

Tak jadi pulak En R nak beraya sini kan. "dah banyak kali saya call A, dia tak angkat pon. saya mesej pon A tak balas". *Kalau dia da merungut habesla* dia kalau pegi mane mane mesti akan ajak kawan baek dia si A tuu. HAHA. Tadi dia terus cakap "awak sori tau tak dapat datang sana" saya jawap "alaa, xpelaa" ,, dia senyap je. saya terus cakap "awak ni nape ? macam sedih je?" dia jawap "Alaaa, saya nak pegi sana laa". sedih tol suara dia. macam bertahun je tak jumpa kan? rindu la tuu kann? :P



Nota Kaki : cuba untuk lupakan dia -,-

Read More »

Wednesday, August 14, 2013

Kalau dah jodoh

Entri pertama untuk mood raya lagi ! HAHA. Selamat Hari Raya ! Selamat Hari Raya ! Walaupon masa mula mula macam takde mood nak beraya sangat. Tapi raya taun ni di kira sangat meriah kan. Yela, sepupu kesayangan balik kampung kan. Lepastuu rumah atok ada buad Family Day lagi, mesti la meriah kan. Dapat jumpa semua sedara kann :D

Saya ingat lagi malam raya. Ingat nak wish raya kat En R. Pastuu tak sampai berapa min dapat mesej dari En R "Yea Yea Yea. .Selamat hari raya,, Yeaa, Esok raya !" Nampakkk tak? Macam tak betol je :P Pastuu raya kedua kot, saya call dia, dia cepat cepat cakap "selamat hari raya" berapa kali mahu wish raya daa, Hahaha. Semalam dia mesej, InsyaAllah ahad ni dia beraya rumah. Macam macam dia mintak suruh saya masak. Haihhh. suka suka je mintak. Nampak sangat ngada ngadanya disitu,HAHAHA

*ini la mini en R, HAHA. Bila dia carik pasal ja , mesti saya akan tumbuk mini en R ni tau. Padan muka dia! HAHA*

Semalam rasa seronok sangat pergi shoping habes habesan ! HAHA. Semalam adek belanja makan pizza hut. pastuu saya shoping tudung sehelai, baju sehelai, selipar sepasang tapi ni adek belanja ar dan novel 2biji. Alahaii. Suami aku ustaz - Hannah Dhaniyah dan biarkan YM terus berbicara - Hanni Ramsul. Nanti da habes baca novel nii, saya review novel novel ni oke? Tak sabar nak habiskan baca novel novel ni. Yela, da lama tak layan perasaan kan #Patah hatiku hanya tuhan saja yang tahu :')
Nota Kaki : Haritu pakcik datang rumah beraya, sebelom balik dia cakap dengan ibu ayah dan tunjuk saya, "belom ada orang masuk minang dia ke?" Alahai.. umo macam saya ni kategori patot kawin ye?Nak buad macam mana kan. Belom ada jodoh la pakcik uii -_-
Read More »

Thursday, August 8, 2013

Kenangan tetap kenangan


Tak sangka esok da raya. Yeh. Esok Hari Raya ! Esok Hari Raya ! Esok Hari Raya ! *Layan lagu raya sat* Nampaknya raya taun ni baju raya saya terlebih banyak pulak, HAHA. Yelaa, mula beli kain dan suruh orang buad. Ikot tema parent warne coklat. Pastuu beli jubah wane hitam*memang wajib beli jubah,haha* pastuu nampak pulak baju kurung moden puplem. Da ibu belanja kan? Saya oke je. Tapi tudung terlebih banyak pulak. 3 tudung half moon, 1 shawl . Gila tak? HAHAHA :P

Tadi tengok Setia Hujung Nyawa Raya. Pehh, memang gelak sorang sorang ar tadi. Naseb parent buad buad tak tahu je saya gelak sorang sorang tadi, HEHE. Adek ponn ikot layan cerita nii jugak. Padahal dia tak pernah tengok cerita ni sebelom ni. Dah macam macam dia tanya, HAHA. Walauponn cerita ni banyak kenangannya. Tapi takpela, Takde jodoh kann.

Sebab awak saya tetap setia dengan cerita Setia Hujung Nyawa. Sebab awak. Memang sebab awak. Awak penah cakap kann yang cerita ni 'macam kita' awak ingat kan? Huh! Kadang kadang saya sakit haty sangat bila lagu Setia Hujung Nyawa selalu kuar dalam radio. Lagu tuu mengingat pada cerita ni. Cerita ni mengingat kan pada awak. Saya tahu sekarang awak tengah bahagia kan?? Oke, Kbye.



Nota Kaki ; Kenangan tetap kenangan. Kenangan bukan macam lagu or Vcd bole putar balik oke? Huh. Oke Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :D
Read More »

Sunday, August 4, 2013

Awak tetap kawan saya


Hai Ogos ! Maknenya da dekat sangat dengan raya aidilfitri kan? Eh? betol ke ni? Rasa macam tak percaya je. Saya langsung takde semangat nak raya. Bila denga lagu raya mesti rasa geram. Padahal raya da dekat sangat. Tapi saya rasa baru semalam kite berpuasa tau. Semoga puasa taun hadapan berjumpa lagi, amin :D

Selalu nya setiap kali nak raya, memang semangat saya memang membuak buak nak shoping raya je. kalau bole semua benda nak baru! HAHAHA. Tapi taun ni, tudung or shawl (yang ni memang wajib ar) , baju kurung or jubah dan handbag. yang laen lame, HAHA. Adek saya memang gila shoping arr raya ni. Saya yang teman jadi boosan tau. Eee, macam perempuan ! Serius, dia tuu cerewet sangat. Dia semua benda memang cerewet pon! Enta, macamne la dia kawin nanti kan -_-"

Harituu buad En R marah gilaa. Serius, rasa bersalah sangat. dia sampai cakap "Sampai hati awak buad saya macam ni" Oke, memang salah saya tak bagitahu awak -_- Tak sampai berapa min dia marah gila kat saya, dia cakap "saya maafkan awak" Cepatnya marah dia redaa. Walaupon awak kasar dan agak gangster, hati awak lembut ekk, Thanks awak ^_^



Lepas buad En R Marah. Saya memang tak berani arr kacau dia, mane tahu marah lagi kan. HAHA,tapi akhirnya kacau dia jugak *Aku memang suka kacau dia* saya call dia, dia cakap "Awak, saya kat bazar karat" *Okie,saya teringin sangat nak gi bazar karat tau* saya cakap "Awak shoping raya eh? dengan sape tuhh?" dia jawap "A,ah, saye gi ngan kawanII saya. Alaaa, awak tak kenal la" saya cakap "taun ni raya tema wane pe?" dia jawap " wane merah merun, dia?" saya jawap "wane coklat" dia cakap "Alaa,wane merah merun dengan coklat da nak sama kan?" Alahai. dia suka sangat jaga hati saya. Awak nii kan. Oke, dia memang kawan yang baek :D



Nota Kaki : Sebenarnya nak update entri esok tapi takot busy pulak. Yela, da nak raya kan. Busy je -_-
Read More »
COPYRIGHT 2017 by CikNadyya