Tuesday, July 30, 2013

Menunggu -,-

Alhamdulilah kenyang. Harini berbuka dengan lauk kegemaran saya. Udang masak lemak ! Ermm, sedap sangat ^_^ Ingat nak update entri petang tadi tapi disebabkan temankan adek shoping terpaksa la tunda lepas berbuka. HAHA. Saya tak tahu laaa kali keberapa temankan adek shoping raya nii. Serius. adek saya ni shoping da macam perempuan. Naseb la saya shoping tak macam dia HAHAHA >.<

Menanti mu hingga kau kembali , kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu , menemani mu sehingga akhir waktu

Korang penah denga tak lagu akim - menunggu . peh, serius laguu tuu best sangat. Sejak akhir ni asyik nak denga lagu tuu je. Makne laguu tuu tetap tunggu bekas kekasihnya kembali. Ish, memang sedihlaa. Lagu tuu kekadang macam perli saya. Lagu nii memang sesuai dengan saya, macam saya menunggu afi kembali kat saya. HAHAHA Tapi orang cakap kalau orang tuu tak nak tak payah la nak berharap >.<



Rasa macam tak percaya je tau. Raya taun ni sepupu kesayangan saya beraya kat sini. Ish serius seronoknya tak terkata. Selalunya family dia beraya kat kedah je. Apa apa ponn tak sabar sangat nak jumpa dia. Kadang kadang saya pelik taw. Dalam ramai ramai sepupu saya. Dia laa yang paling rapat dengan saya. Padahal die sepupu saya yang paling jauh, ye arr kat kedah kan, HAHAHA :D

Nota Kaki ; Serius, kali pertama saya buad en R marah. Dan marah die bukan biasa. Tapi marah sangat ! Bila saya tanya, die cakap "saya da maafkan awak" kalau awak dah maafkan saya kenapa awak sanggop block wechat saya ekk? Ermm. saya tahu awak tak maafkan saya lagi kan? kalau saya jadi awak, memangla saya marah sangat. tapi tak patotlaa awak block wechat saya kan. Ya Allah, lembutkanlaa hati die . Janganla disebabkan kesalahan saya die putuskan persahabatan kami ini ya Allah, Amin :')
Read More »

Thursday, July 25, 2013

Bahagia dot com


Krik Krik Krik Alahaiii. Perot sakit la pulak . Itu la padahnya sahur makan sikit ja! Wahai perot ku sayang sabar yekk -_- Harini kan saya rasa bahagia sangat. Terharu pon iye. Nak tahu sebab pe? Sebabnya kawan baek Blogger bagi kad raya. Tak sangka pulak. Awak laa kawan baek saya dan awak la cikgu bahasa Terengganu saya. HAHA. Thanks awokk . Jom pi blog dia Jie Comel :D



Semalam pergi shoping dengan Family. Siang pergi Angsana Mall . Malam sambung pulak gi Bazar Raya. Perh, gilaaa arghh penat. Tapi shoping tak banyak pon. HAHAHA. Oke, saya hanya beli handbag dan Tudung Half Moon. Okie, tudung tuu comel sangat. Tinggal nak beli Shawl pulak. Hewhew

Dari dulu sampai sekarang En R suka kutok saya GEMOK ! Kejam kann? Saya tak gemok, berisi je kot. Ekk? Iyeke? HAHAHA. Takpelaa asalkan saya bahagiakan. Bahagia ke? Bahagia kot -_- Daripada die tuu KEDING :P Harituu saya call die, dalam pukul 10.30 malam kot, saya tanya dia "awak kat mane tuh?" dia cakap "saya kat kedai makan ni. Ngah makan" saya cakap "makan lagi" die cakap "Biar la , saya pon nak gemok macam awak" Nampak takk? nak perli orang tak agak agak kan? HAHA -_-



Nota Kaki : Tak sabar nye nak tunggu esok. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Amin. Korang doa doakan ye =)
Read More »

Saturday, July 20, 2013

Menipu tak selamanya awak bahagia oke !

Harini dah puasa ke-11, kejap je kan? maknenya ade lagi 18 hari je puasanya kan, InsyaAllah. Alahai mata ni terasa ngantok sangat. Nak update ni ponn macam iye tak iye je kan. Lepasni kena masak untuk berbuka puasa pulak. Wahai mata bertahan la ye :)

Aku di sini kan selalu menunggu, yang selalu ada di setiap waktumu, selalu menanti jawapanmu untuk cinta yang terakhir Sejak akhir ni asyik dengar lagu ni je Tetap Menantimu - Nomad . Lagu ni penuh makne la. Siapa yang baru nak jatuh cinta bole la dengar lagu ni , Hewhew ^.^

Nak bahagia tapi menipu. *Kau ingat dengan menipu tuu kau akan hidop bahagia ke?* Ish, lagi lagi menipu bulan puasa kan. Dengan sepantas tuu je Allah bole tunjukkan tau. Allah maha mendengar, Allah maha Adil. Kalau orang tuu baek, Alim, tapi menipu . Ish, memang susah la hidup kan. Biar la jujur walauponn ia menyakitkan. Tapi ni menipu tapi bahagia. Masalahnya kebahagiaan tuu akan kekal ke ? cuba bagitahuu -_-



Kesian tau kat adek angkat saya, dahnya baru firstime couple, pastuu pakwe bole curang pulak. tulaa nak menipu kan, nak sorokkan. Lagi lagi bulan puasa. sepantas kilat je Allah tunjuk. Depan mata adek angkat saya , nampak pakwe dia keluar dengan perempuan lain. pastuu adek saya bole kejar pakwe dia sampai tempat tinggal pakwe dia. satu jam gak nak sampai ke sana. Perhh, kalau saya takde nya kejar. Orang da luka kan hati kita . takde nya nak bersemuka lagiii >.<



Nota Kaki : Walaupon saya dan En R selalu bergaduh. Hakikatnya saya harap hubungan kami terus macam ni kepada hubungan yang halal. Amin ^.^ Jika ini dugaan terpaksa aku tempuhi. aku redha ya Allah. Jangan la antara kami bermusuhan , Amin ya rabbal alamin :)
Read More »

Tuesday, July 16, 2013

Org yg menerima kita lebih berharga dari org yg kita sayang

Harini da cukup seminggu kita berpuasa kan? Bermakna da pertengahan bulan Julai. Kejap je kan? Bermakna? Ish, takde makna la. HAHA. Oke, untuk 7 Ramadhan baru saya dapat keluar , shoping dan pegi bazar ramadhan. temankan adik shoping. Untong la orang ada duit kan. Haihhh

Kerja saya setiap malam dan sebelom tido saya mesti akan call En R. Walaupon time tuu dia tengah sibuk ke, tengah keluar dengan kawan dia ke, tengah tido ke pasti akan angkat call saya. Kalau dia tak angkat bermakna die da tido nyenyak sangat! Haha. Bila dia sudah bercerita , bila dia da meluahkan perasaan saya akan denga betolII, yelaa ingat senang ke? dahnye die selalu bz je ! Ingat lagi puasa ke berapa tah, dia da tido tapi angkat jugak saya call. 



Lepastuu saya bangun sahur tengok handpone ada mesej dari En R, pukul 1pagi. Eh? bukan da tido ke? Lepas sahur saya mesej dengan dia lama jugak. Rupanya dia terjaga dan teringat kat saya. Auwww~ terharu sangat. Dia cakap rindu sangat kat saya. Keciann dia. Dan dia cakap "nanti raya datang rumah jumpa nenek saya" mentang-mentang la orang rapat dengan nenek kan. Memang dari first kenal dia lagi. Dia memang nak sangat saya jumpa nenek dia. Sabar yee awakkkkk :)

Nota Kaki : Ramai yang cakap kat saya terima je En R . Kalau bole nak kawan je dengan dia. Kalau dia jodoh saya, Alhamdulilah ~ Ramai yang cakap kat saya macam nii "sayangi la orang yang menyayangi kita ,kerana orang yang kita sayang belum tentu menyayangi kita" Emm, Betol tuu, tengah cuba hargai dia :D
Read More »

Thursday, July 11, 2013

Senyum

Alhamdulilah dah 2 Ramadhan :) Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak semua ! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan sabar dalam menempuhi semua dugaan pada bulan ramadhan ini, Amin.  Wahai perot bertahan tau ^_^ 

Ramai ingat saya dan En R dah Declare ! Hakikatnya kiteorang hanya kawan. Yela, En R selalu cakap kat membe - membe dia yang saya ni "awek" dia. Masing-masing cakap kiteorang sweet. Sweet la sangat kan. Mesej gaduh, Call gaduh, Jumpa lagi la 2x ganda gaduh. Hahaha. Bak pepatah orang gaduh gaduh manja gituu tapi menyakitkan hati je ! hahaha. Ehhh? -_-"

Dia buat hati aku tak tenteram. Dia caring pasal aku. Dia selalu buat aku tersenyum. Thanks awak :')

Sekarang saya rasa macam tak bole nak terima siapa siapa. Hati saya still kat Afi lagi. Still cinta kat dia lagi. Dan masih berharap dia la jodoh saya. Rasa bahagia sangat First Ramadhan Afi asyik mesej dengan saya je sampai la saya da nak tidoo kan *Happy* Jika ditakdirkan memang dia jodohku, aku redha ya Allah :)



Nota Kaki : Jom add WeChat saya Nadya-Shaf :D
Read More »

Sunday, July 7, 2013

sebenarnya dia rindu tapi dia pendam -,-


Mengapa kau pergi, di saat aku mulai mencintaimu berharap engkau jadi kekasih hatiku malah kau pergi jauh dari hidupku Baru tukar lagu Disaat Aku Mencintaimu - Dadali . Teringat pulak masa jumpa dia kali terakhir. Dia nyanyi lagu ni. Pastuu membe dia cakap yang lelaki En R dan yang perempuan saya yang nyanyi, Hahaha Soo sweet :P MembeII en R memang berusaha nak rapatkan kami. InsyaAllah kami akan tetap kawan :)

Bila Jerebu makin reda, sekarang musim panas pulak. Nak keluar pon terasa malas sangat -_- Sampaikan En R demam. Cian dia terpaksa la cuti kerja kan. Tuu ponn malas nak pegi klinik. Ish, tak paham betol. Bila saya cakap nak jumpa. Laju je nak jumpa. Demam demam ponn nak jumpa ehh? "awak demam rindu saya eh?Haha" Ciss, Dia demam saya tak mesej dia langsung, tapi tetap call dia, dia cakap "awak, sori tau saya tak mesej awk, saya tak keluar daripada semalam" Dia sakit sakit tetap nak jaga hati saya, takot sangat saya marah. Saya tahu awak rindu saya tapi awak pendam je kan? Thanks awak selalu buad saya tersenyum :)



Kelmarin adik angkat saya datang rumah. Sanggop dia datang sini semata mata sebab rindu je. Kalau dekat takpe jugak. Dahnya jauh, terharu laa jugak. Makanan apa yang saya suka, dia suka. cuma ikan je dia tak suka. Lagu apa yang dia suka, saya ponn suka. Haha, yang penting kiteorang banyak persamaan. Ingat lagi masa dia datang saya hanya masak lauk sayur dan laukII laen ibu masak. Dia hanya makan nasi dengan lauk saya masak je. Dia cakap "akak da bole kawin la!" Ish, dia ni, padahal saya masak biasa je -_- Dia cukup pantang kalau ada orang cuba nak sakitkan hati saya walauponn orang tuu kawan baek saya kan. Yela, jenis saya pendam je. tapi dia tetap tahu. sangat memahami saya. Sayang awak laa adekku sayang Munirah ^_^



Nota Kaki : KHAMIS cari JUMAAT , nak tanya nampak tak SABTU sebab nak bagitahu dekat AHAD kalau jumpa ISNIN bagitahu SELASA yang RABU ni dah PUASA
Read More »

Thursday, July 4, 2013

Bila Aku Dah Habes Belaja !

First entri untuk bulan julai ! Hewhew. Harap je duduk rumah tapi tetap tak update entri setiap hari kann? Haha. takde ideas okee -__- Disebabkan sekarang saya da habes belaja . Kerja saya duduk rumah je, nak kerja alahaiii malas sesangat . Tapi duduk rumah ponn ade kerja gak kann. Hehe. Bangun je tidur terus kacau baby yang ibu jaga , namanya Syafiq Aiman. Kalau saya sarapan kat dapor, mesti saya akan panggil nama Syafiq, cepat-cepat syafiq pegi merangkak laju-laju ke dapur dengan gelak-gelaknya. Saya dukung dia, bertambah suka dia. Serius, comel sangat dia tuu. *Bila laa aku nak ada anak sendiri kan,haha* lepastuu tengahari kerja saya masak la apalagi kann.. Sedap ke tak sedap peduli apa saya . Asalkan saya berusaha kann -__- Saya ingat lagi Afi pena cakap kat saya Awak belaja la masak ! Sampai sekarang saya ingat. Sampai sekarang saya berusaha mempelajari masak - masak ni. Sampai sekarang saya berharap awak jodoh saya. Walaupon saya yang tinggalkan awak, walaupon ada orang lain cuba membahagiakan saya, awak tetap dihati saya. Saya hanya cinta awak sorangg :(
Sekarang saya rasa rindu sangat nak beli novel baru. Nak baca novel baru. Acaner niii? Tapi sejak ni kerja saya duduk rumah je. nak keluar punya la malas. Haha. Sekarang kan saya adela duit skitkan . punya la berangan nak beli handpone baru. tapi nak beli handpone murah jela, handpone nokia asha 302. Ala handpone nya macam handpone blackberry uh. Haha. Bila saya bagitahu kat family saya. family saya bole cakap apa? Kau tahu tak handpone tuu patern lama? cuba la carik handpone canggih skit. dunia sekarang da maju. Internet je! Pastuu adek saya cakap Kak, beli handpone samsung sIIII . Ada wechat. Akak tak teringin nak wechat wechat ka? Muka saya macam biasa ar macam takde perasaan. Dalam hati da berkata-kata *Dah agak dah mesti ade je membangkang. Lemau tol* Pastuu esoknya, saya pegang handpone ayah. Sony Xperia. Taktahu sony Xperia pee. Yang penting saya suka sangat handpone tuu. Haha. Pastuu ayah nampak, ayah cakap, Kau amek jela handpone ayah. Nak tak ? saya apelagi cepat cepat cakap Nak !! Aayah ni suka tau beralah dengan saya. Saya tahu ayah tak sampai hati tengok saya nak sangat handpone baru. Thankss ayah ^_^
Read More »
COPYRIGHT 2017 by CikNadyya